Pada 12 Julai 2025 (Sabtu), Klinik Al Farabi dengan kerjasama Far East Holdings Berhad telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Pejabat Ladang Far East Holdings, Sungai Gayung, Muadzam Shah, Pahang. Program ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan komitmen untuk menyantuni masyarakat luar bandar, khususnya penduduk kampung, masyarakat Orang Asli serta para pekerja ladang di sekitar kawasan tersebut.
Usaha ini memberi fokus kepada penyediaan akses perkhidmatan kesihatan asas serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan secara menyeluruh. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan komuniti setempat yang hadir memeriahkan program ini