Program Saringan Kesihatan Sempena Sempena Karnival Konvokesyen UnIPSAS 2025
Klinik Al Farabi Kuantan Sdn. Bhd. turut menyertai Karnival Konvokesyen UnIPSAS 2025 dan menawarkan program saringan kesihatan asas
kepada pengunjung yang terdiri daripada pelajar, kakitangan dan orang awam.
Pemeriksaan yang disediakan termasuk tekanan darah, gula, BMI, kolesterol, asid urik serta konsultasi ringkas bersama pegawai perubatan
bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan awal dan pencegahan penyakit.
Dengan penyertaan ini, Klinik Al Farabi menekankan komitmen untuk memberi nilai tambah kepada masyarakat melalui kesedaran kesihatan
dan komuniti, sejajar dengan misi klinik untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan berkesan.