Program Saringan Kesihatan Sempena Fiesta BR Merdeka


Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan, Klinik Al Farabi telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan khas buat para pengunjung Fiesta BR Merdeka di Berjaya Megamall.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala, di samping memupuk amalan gaya hidup sihat dan pencegahan awal penyakit tidak berjangkit.