Program Saringan Kesihatan Sempena Ekspo Pengantin 2025


Bersempena dengan Ekspo Pengantin 2025, Klinik Al Farabi telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan khas buat para pengunjung yang hadir ke Kuantan Parade.
Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, terutamanya bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.
Inisiatif ini juga bertujuan memupuk gaya hidup sihat serta pencegahan awal terhadap penyakit tidak berjangkit.