Pada 28 Oktober 2024 (Isnin), Klinik Al Farabi telah menganjurkan pemeriksaan kesihatan percuma PEKA B40 dengan kerjasama Klinik Bergerak MUIP di PPRS, Pak Mahat, Kuantan, Pahang. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi sokongan serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan di kalangan masyarakat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan kepada penduduk yang memberikan sokongan padu. Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada masyarakat dan mengukuhkan ikatan dalam komuniti kita!