Pada 10 Oktober 2024 (Khamis), Klinik Al-Farabi dengan penuh semangat telah menganjurkan pemeriksaan kesihatan percuma PEKA B40 dengan kerjasama klinik bergerak MUIP di Perkarangan Masjid Cherok Paloh, Kuantan, Pahang. Kami berasa gembira melihat komitmen masyarakat terhadap kesihatan mereka. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan sokongan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat. Selama program berlangsung, kami juga berpeluang untuk memberikan maklumat lebih mendalam mengenai program PEKA B40, termasuk faedah dan kemudahan yang tersedia untuk mereka yang layak.