𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐤𝐚𝐁𝟒𝟎 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐊𝐑𝐓 𝐂𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐰𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐁𝐚𝐫𝐚𝐭, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐂𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐰𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐊𝐮𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧, 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠
Pada 12 Disember 2024, Klinik Al Farabi telah mengadakan Program Pemeriksaan PekaB40 di Dewan KRT Cenderawasih, Taman Cenderawasih, Kuantan, Pahang. Program ini berjaya dijalankan dengan sokongan padu daripada penduduk setempat yang amat mengalu-alukan kehadiran Klinik Al Farabi.
Kami juga berpeluang untuk berkongsi maklumat tentang manfaat yang diperoleh melalui Program PekaB40 ini dengan komuniti setempat. Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan, semoga semua dapat menjaga kesihatan bersama dan terus berusaha untuk hidup lebih sihat.