Anjuran Klinik Al Farabi dengan Kerjasama RELA Daerah Kuantan
Dewan Kompleks KDN, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang
Bagi menyokong usaha menjaga kesihatan anggota RELA, Klinik Al Farabi dengan kerjasama RELA Daerah Kuantan telah menganjurkan Program Jejak Sihat RELA.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala dalam kalangan anggota RELA, di samping menggalakkan gaya hidup sihat dan pencegahan awal penyakit tidak berjangkit.