Program “Community Fun Run” yang dianjurkan bersama MUIP Holdings dan Pahang Go pada 3 Ogos 2024 telah berlangsung meriah. Klinik Al-Farabi turut menyertai dengan menyediakan booth pemeriksaan kesihatan percuma di Tasek Commercial Centre, Kotasas Kuantan. Seramai 1024 peserta menyertai program ini. Tidak kurang juga, kami mengadakan aktiviti “Spin & Win” dengan pelbagai hadiah menarik! Cabutan bertuah juga telah dimenangi oleh peserta yang membuat pemeriksaan kesihatan bersama kami. Klinik Al-Farabi juga memberikan kipas tangan percuma sebagai tanda penghargaan kepada peserta yang menyertai program “Community Fun Run” ini. Terima kasih kepada semua pelanggan yang menyokong kami! Semoga anda terus sihat dan sejahtera!