Pada 6 Oktober 2024 (Ahad), Klinik Al Farabi berbesar hati menyertai acara meriah ini dengan mengadakan program pemeriksaan kesihatan anjuran Majlis Bandaraya Kuantan! Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung yang singgah di booth kami, bersama-sama berusaha untuk menjaga kesihatan kita semua.
Kami juga berasa teruja dengan kunjungan istimewa YH. Dato’ Hasnul Hamidi bin Harun, DIMP., Ahli Majlis Bandaraya Kuantan yang turut menjalani pemeriksaan kesihatan bersama kami. Semoga kerjasama ini akan terus berlanjutan dan kita dapat berkumpul lagi dalam program-program sihat yang lain di masa akan datang!