𝐂𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐊𝐮𝐭𝐢𝐩𝐚𝐧 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐤𝐚𝐟 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 (𝐏𝐊𝐙𝐖𝐏)
🗓 21 November 2025 (Jumaat)
📍 Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (PKZWP)
Klinik Al Farabi Kuantan Sdn. Bhd. telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkenaan dengan Kesedaran Kesihatan Jantung kepada semua kakitangan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Negeri Pahang (PKZWP). Ceramah ini disampaikan oleh Dr. Nurul Syahirah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan jantung serta menumpukan topik – topik penting seperti masalah obesiti, darah tinggi dan kolesterol.
Program ini juga turut disertai oleh Dr. Haji Mohd Azmi bin Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif PKZ Pahang dan Puan Zuraidah binti Adnan, Ketua Pernigaan Klinik Al Farabi Kuantan Sdn. Bhd.
Selain ceramah, semua kakitangan juga menerima taklimat ringkas dan demonstrasi mengenai penggunaan alat AED (Automated External Defibrillator) oleh Encik Aiman Asyraf daripada Al Farabi Occupational Health Services (AFOHS).
Penyertaan Klinik Al Farabi menekankan komitmen berterusan terhadap kesihatan komuniti dan organisasi, selaras dengan misi klinik menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan berimpak tinggi.

